Program Tadabbur Al-Qur’an (PTQ) – Sesi Mac 2020

Program Tadabbur Al-Qur’an (PTQ) ialah program anjuran Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Program ini diadakan untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada Al-Qur’an melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Qur’an sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Program PTQ Sesi Mac 2020 akan bermula pada hari Ahad, 29 Mac 2020 dan tarikh tutup pendaftaran ialah Hari Sabtu, 14 Mac 2020. Modul Program PTQ yang ditawarkan pada Sesi Mac 2020 ialah:

  1. PTQ – Surah Al-Mulk & Al-Sajdah

  2. PTQ – Modul Juz ‘Amma (Siri Kedua)

 


SINOPSIS MODUL: PTQ – SURAH AL-MULK & AL-SAJDAH

  • Pengenalan dan pemahaman Surah Al-Mulk & Al-Sajdah

  • Masa: Hari Ahad, Jam 8.30 pagi – 10.00 pagi

  • Tempoh: 6 Minggu (1.5 Jam X 6 Minggu: 9 Jam)

  • Yuran: B$40 bagi setiap peserta (Nota: Yuran penyertaan adalah tidak termasuk buku nota PTQ)

 


SINOPSIS MODUL: PTQ – JUZ ‘AMMA (SIRI KEDUA)

  • Pengenalan dan pemahaman Juz Ke-30 bermula Surah Ad-Dhuha hingga Al-Masad

  • Masa: Hari Ahad, Jam 8.30 pagi – 10.00 pagi

  • Tempoh: 6 Minggu (1.5 Jam X 6 Minggu: 9 Jam)

  • Yuran: B$40 bagi setiap peserta (Nota: Yuran penyertaan adalah tidak termasuk buku nota PTQ)

 

 

OBJEKTIF

  • Memberikan kefahaman mengenai Al-Qur’an dan penghayatan yang betul kepada para peserta dengan bersumberkan kitab tafsir yang muktabar

  • Melahirkan peserta yang mencintai, memahami dan menghayati Al-Qur’an dalam kehidupan seharian seterusnya mendekatkan diri kepada Allah SWT

  • Merealisasikan konsep Negara Zikir dan celik Al-Qur’an sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

  • Sebagai sumbangan dan khidmat bakti Universiti Islam Sultan Sharif Ali amnya dan Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat khasnya dalam usaha memartabatkan Al-Qur’an Al-Karim sebagai sumber utama ajaran Islam di Negara Brunei Darussalam

 

 

SASARAN PESERTA

  • Pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada di kementerian, universiti, institusi, sekolah, masjid dan sebagainya.

  • Persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya

  • Pegawai dan kakitangan swasta

  • Orang Muallaf

  • Individu yang berminat

 


BAHASA PENGANTAR, TEMPAT PROGRAM DAN TEMPOH PEMBELAJARAN

  • Bahasa Melayu

  • Kampus UNISSA

  • 6 Minggu (1.5 Jam Setiap Minggu) iaitu 9 jam bagi setiap Modul

 


YURAN DAN PENSIJILAN

  • $40 bagi setiap peserta (bagi setiap Modul)

  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai kehadiran TIDAK KURANG daripada expat (4) kali kehadiran

 


PENDAFTARAN

Pendaftaran bolehlah dibuat melalui link http://bit.ly/PTQMac20 atau mengimbas kod QR berikut.


 


PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai program PTQ Sesi Mac 2020, sila hubungi Dayang Rosnani binti Awang Basar di talian 2462000 sambungan 202 / Whatsapp ke nombor +6738254374 / emel C4L@unissa.edu.bn.


NOTA

  • Setiap peserta digalakan untuk mengikuti PTQ (Pengenalan) terlebih dahulu

  • Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan

  • Yuran penyertaan adalah tidak termasuk buku nota PTQ

  • Jumlah minimum peserta bagi setiap program ialah 20 orang

0