Mari Belajar Bahasa Al-Quran II – Kursus pertengahan (Al-Mutawassit)

UNISSA

Memfokuskan kepada pengenalan angka 1 hingga 100 dalam bentuk muzakkar dan mu’annas, kata ganti diri, kata tanya dan kata arah yang sesuai dengan penggunaan seharian di samping penerangan mengenai penggunaannya dalam struktur ayat yang betul dan lengkap. Selain daripada itu, pelajar akan didedahkan kepada pengunaan perkataan anggota badan manusia, hari-hari, minggu dan bulan serta warna-warna dalam bentuk ayat yang mudah difahami dan beberapa perbualan berkaitan dengannya.

LEARNING OUTCOMES

Bahasa Arab adalah merupakan bahasa al-Qur’an dan bahasa ibadat, di samping peranannya sebagai bahasa pertuturan dan persuratan. Adapun di antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang tidak mempunyai latar belakang Bahasa Arab untuk mempelajarinya bermula dari tahap satu iaitu peringkat pengenalan (tamhidi). Selain daripada itu, program ini juga diadakan untuk membantu para peserta untuk menguasai dan mempraktikkan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Arab.

REQUIREMENTS

  • Persatuan-persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
  • Pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada di kementerian, universiti, institusi, sekolah, masjid dan sebagainya.
  • Pegawai dan kakitangan swasta.
  • Orang Muallaf
  • Individu yang berminat

MODE OF STUDY

  • Bahasa Melayu
  • UNISSA
  • 3 months (2 hours x 12 weeks)

FEES AND AWARD

  • $80
  • Certificate of Attendance
0